PANTUN
NASIHAT (BERSATU HATI)
OLEH : HARUN MAT PIAH (PENYELENGGARA)
CONTOH VIDEO(Versi guru)
Hak Cipta Terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com
Semoga bermanfaat (*^-^*)
CONTOH VIDEO EDISI BONUS
VERSI MURID
Semoga bermanfaat (*^-^*)
Hak Cipta Terpelihara
Tamanseribupuisi.blogspot.com
ANALISIS TEKS
Pantun
|
Maksud
|
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. |
Kalau semua orang (dalam
kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, seia sekata, maka sebarang tugas
yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk
disempurnakan.
|
Melangir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri. |
Pesanan
sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah
diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah
diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat
leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki
hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko
keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan).
|
Menanam
bunga di dalam pasu,
Bunga
melati, bunga pandan;
Jangan
ikut hawa nafsu,
Kelak
nanti binasa badan.
|
Pesanan
seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu
yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk
kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir.
Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada
perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.
|
Nyiur
muda dibuat pengat,
Mari
dimakan bulan puasa;
Wahai
pemuda hendaklah ingat,
Kerana
mulut badan binasa.
|
Nasihat
juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi
peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang
dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh
orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.
|
Orang
berkelah di Tanjung Rhu,
Sambil
memanggang si ikan sepat;
Hendaklah
banyak menghadap guru,
Supaya
terang jalan makrifat.
|
Bagi memperoleh ilmu dan
mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah
berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam
ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman
dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui
proses pengajian yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang
kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah).
|
Rendang
sungguh pohon ara,
Tumbuh
subur tepi telaga;
Tidak
salah berkenal mesra,
Tatasusila
perlu dijaga.
|
Berkenalan dan menjadi
lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah
berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang
ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari.
|
Tema
Nasihat
kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia
dan adab pergaulan.
Persoalan
1) Kesepakatan
dan permuafakatan dalam kerja kegiatan
2) Jati
diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri
3) Kesederhanaan
dalam perbuatan, tindakan dan membuat keputusan
4) Berbudi
bahasa, kesopanan, ketelitian dalam komunikasi
5) Kerajinan
dan rendah diri dalam menuntut ilmu
6) Persaudaraan
yang ikhlas
Bentuk
1. Bentuk
terikat.
2. Mempunyai
6 rangkap.
3. Mempunyai
4 baris dalam satu rangkap
4. Baris
1 dan 2 merupakan pembayang dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.
5. Jumlah
perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh
: Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan – rangkap 3)
Contoh
: Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan – rangkap 1)
6. Suku
kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
Contoh
: ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3)
Contoh
: ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1) Asonansi - Pengulangan vokal u
|
Nyiur muda dibuat pengat
|
2) Aliterasi
- Pengulangan konsonan g
|
Sungai Pahang sama direnang
|
3) Peribahasa
|
kerana mulut badan binasa.
|
4) Repitisi
|
bunga melati bunga pandan.
|
5) Unsur
alam
|
nyiur muda
|
Nilai
Murni
Nilai murni
|
Contoh
|
1) Bekerjasama
Sesuatu kerja yang sukar pastinya akan menjadi lebih
mudah apabila wujudnya semangat kerjasama dalam masyarakat.
|
Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.
|
2) Kebijaksanaan
Seseorang itu perlu bijaksana menjaga diri agar tidak
terjebak dalam perkara yang tidak elok.
|
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.
|
3) Berbudi
pekerti
Setiap insan hendaklah bergaul mesra dengan tertib dan
menjaga tutur kata agar diri tidak merana disebabkan ketelanjuran kata-kata.
|
Tidak salah bergaul mesra,
Tatasusila perlu dijaga.
|
Pengajaran
1) Kita
hendaklah bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan.
2) Kita
perlu memiliki jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri.
3) Kita
mesti bersifat sederhana dan mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan, tindakan dan membuat keputusan.
4) Kita
hendaklah berbudi bahasa, sopan, dan teliti dalam berkomunikasi.
5) Kita
hendaklah rajin dan merendah diri dalam menuntut ilmu.
10 Ulasan murid:
mohon copy n paste
terima kasih ..
Boleh, silakan...jangan malu-malu.
Selamat belajar dengan gembira. :)
terima kasih kerana menyediakan bahan yang sebegini rupa...dah la blog cantik..isi dalam dya lagi cntik...tq...
cantiknya blog ni... -^ ^-
Terima kasih banyak !!!!!!
Blog ini sangat berguna!!!
Pt3!!
Terima kasih banyak
Blog ini sangat berguna !!!!
Terima kasih blog tamanseribupuisi atas info yang sangat berguna ini
setakat ok shj je
Apakah dua nasihat yang terdapat dalam pantun di ats
Catat Ulasan