PANTUN
|
MAKSUD
|
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pualngnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezekin secupak terasa segantang.
|
Sekiranya
kita mengamalkan sikap berjimat cermat, rezeki yang diperoleh akan bertambah
dari semasa ke semasa.
|
Indah nian pemandangan dunia,
Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.
|
Berjimat
cermat adalah amalan mulia. Orang yang boros pula dianggap sebagai kawan
syaitan.
|
Masak meranum buah ara,
Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.
|
Berjimat
cermat hendaklah dalam setiap perkara kerana amalan ini akan menjamin masa
depan.
|
Sungguh pahit buah peria,
Dimakan juga dibuat sayuran,
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban kewangan.
|
Berbelanja
besar adalah sikap yang tidak berfaedah. Sikap ini hanya akan menambahkan
beban kewangan.
|
Singgah berehat di Kota Lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.
|
Berjimat
cermat adalah amalan yang dituntut oleh agama. Hidup akan lebih sejahtera
jika kita sentiasa berjimat cermat.
|
Inderagiri pasirnya lumat,
Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.
|
Lebih
baik berjimat dengan cara membeli sesuatu dengan kadar yang sedikit daripada
membeli sesuatu dengan kadar yang banyak tetapi hanya membazir.
|
Turun ke lading memetik kacang,
Hendak dibuat masak lemak,
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.
|
Semua
urusan yang dilakukan dengan cara yang terancang akan mampu mengelakkan
pembaziran.
|
Tema
Kepentingan
amalan berjimat cermat. Amalan ini memberi pelbagai faedah.
Persoalan
1.
2.
3.
|
Amalan
berjimat cermat menambahkan rezeki
Keburukan
sikap boros
Kepentingan
merancang perbelanjaan
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Inversi
|
·
Masak meranum buah ara
·
Segala urusan jika
terancang
|
Unsur
Bunyi
1. Asonansi
( pengulangan huruf vokal)
|
Rezeki
secupak terasa segantang
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “e” diulang sebanyak 5 kali
|
2. Aliterasi
|
Baik sedikit tetapi berjimat
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “t” diulang sebanyak 4 kali
|
Berjimat cermat amalan kita |
Nilai
Murni
Berjimat cermat
Berjimat memberi kebaikan dan mengelakkan
kita daripada bersikap boros.
Kesederhanaan
Bersederhana ketika berbelanja akan memberi
keuntungan.
Kebijaksanaan
Kebijaksanaan dalam merancang perbelanjaan
akan mengelakkan pembaziran.
Ketaatan
Ketaatan terhadap suruhan agama akan menjamin
kesejahteraan hidup.
Pengajaran
1.
Kita perlu berjimat cermat
agar dapat elakkan sikap boros dan pembaziran.
2.
Kita perlu amalkan sikap
bersederhana ketika berbelanja.
3.
Kita perlu merancang
perbelanjaan.
4.
Kita mesti taat pada suruhan
agama demi menjamin kesejahteraan hidup.
5.
Kita harus tidak boros
berbelanja agar tidak menanggung bebanan hutang.
24 Ulasan murid:
Wow !! Banyak bantu Shairah buat kerja rumah >.<
assalammualikum,cikgu...saya berasa amat bertuah kerana menjumpai blog ini..kerja bm yg disuruh oleh guru yg tidak saya tahu ada di dalam blog ini...saya rasa blog ini amat berjaya & berkesan pada murid-murid sekolah menengah terutamanya...
ok
Terima Kasih Cikgu.., Kalo Tanpa Blog Ini.. Habislah Aku... :)
kalau boleh masukkan pantun tentang rakan sekelas
terbaik
ok
Cikgu apa mak sud pikat
terima kasih cikgu
Blog ini amat membantu saya...terima kasih banyak-banyak
alhamdullilah...blog ini membantu sya
bgus
Gembiranya!!! Tak perlu risau lagi tentang peperiksaan sebab dh ada maklumat yg banyak menjadi rujukan♥♡♥♡♥♡
Thank you teacher...
x de pantun ke?
boleh tolong skit jerrr
thanks..........sangat mambantu
ia bising,suka menjelung,bila berpusing,umpama gasing
tq
thank you... its help me fill up my homework😉
Bentuk ada Kah?
pukat bukan pikat
hari ini aku belajar tentang ini , nasib baik aku dah tahu jawapan pantun ini. aku ingin mengucapkan ribu-ribu terima kasih kepada TAMAN 1000 PUISI.
SAYA SUKA NAK MEMBACA PANTUN DARI TAMAN 1000 PUISI.
BYE BYE
Catat Ulasan