CONTOH VIDEO
Hak Cipta Terpelihara
tamanseribupuisi.blogspot.com
Selamat belajar dengan gembira.
ANALISIS TEKS PANTUN
PANTUN
|
MAKSUD
|
Terima kasih daun keladi,
kalau boleh hendak lagi. |
Ucapan
terima kasih dan penghargaan atas pertolongan yang diterima. Jika boleh, aka
nada lagi pertolongan yang akan duberikan.
|
Ikan siapkan ikan senohong,
Banyak cakap banyak bohong. |
Kesan
buruk bercakap banyak, iaitu seseorang itu berkemungkinan untuk berbohong.
|
Pecah kaca pecah gelas,
Sudah dibaca harap balas. |
Harapan
agar seseorang itu akan membalas surat yang diterima selepas membaca surat
tersebut.
|
Emas perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa. |
Kesan
buruk yang bakal diterima oleh orang yang malas bergerak atau membuat
pekerjaan adalah mereka yang tidak akan merasai kesenangan hidup.
|
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham. |
Menjelaskan
kesan positif terhadap orang yang terang hati, iaitu mereka akan mudah
memahami setiap pekara yang diajarkan kepada mereka.
|
Kumbang jarak kumbang jagung,
berani buat berani tanggug. |
Seseorang
yang berani melakukan sesuatu hendaklah berani menanggung risikonya.
|
Tunggu durian Teluk Emas,
Siapa kemudian kena kemas. |
Seseorang
yang lambat menghabiskan sesuatu pekerjaan, orang itulah yang mesti
mengemasnya.
|
Buah cempedak dalam gantang,
Siapa hendak dia datang. |
Orang
yang hendak sesuatu mestilah datang sendiri untuk mendapatkannya.
|
Periuk belanga pasu kuali,
Busuk nama manipu mancuri. |
Orang
yang suka menipu dan mencuri akan mendapat nama yang tidak baik.
|
Saya kata itik, awak kata ayam,
Sudah kena jentik baru nak diam. |
Seseorang
yang membuat kesilapan akan berhenti dan sedar akan kesilapannya setelah
didenda.
|
Tema
Nasihat
kepada pelbagai golongan masyarakat untuk kebaikan.
Persoalan
1.
2.
3.
4.
5.
|
Kesan
buruk banyak bercakap
Kesan
sikap malas
Kesan
buruk menipu dan mencuri
Kesan
bersikap berani
Nasib
orang yang sentiasa lambat
|
Gaya
Bahasa
Gaya Bahasa
|
Contoh
|
1. Pengulangan
|
·
Perkataan ikan
·
Perkataan banyak
·
Perkataan pecah
·
Perkataan berani
|
2. Sinkof
|
Sudah kena jentik
baru nak diam
|
Unsur Bunyi
1. Asonansi
(pengulangan huruf vokal)
|
Tunggu
durian Teluk Emas
Ø dalam
baris sajak di atas, vokal “u” diulang sebanyak 4 kali
|
2. Aliterasi
|
Pecah kaca pecah gelas
Ø dalam
baris sajak di atas, konsonan “c” diulang sebanyak 3 kali
|
Nilai
Murni
Keberanian
Berani bertanggungjawab terhadap segala
risiko yang bakal dihadapi.
Bertanggungjawab
Jika lambat dalam melakukan kerja, orang
terakhir mesti mengemasnya.
Kejujuran
Jujur dalam setiap perkara dan elakkan diri
daripada sikap suka berbohong.
Kerajinan
Rajin dalam setiap perkara agar dapat
mencapai apa yang diingini.
Pengajaran
1.
Kita perlu berterima kasih
dan menghargai pertolongan yang diberikan.
2. Kita mesti bersikap berani
dalam setiap perkara dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
3.
Kita perlu bertanggungjawab
dalam melaksanakan sesuatu sehingga selesai.
4.
Kita hendaklah jujur dalam
setiap perkara yang diperkatakan.
5.
Kita mesti bersikap rajin dalam
setiap perkara demi kebaikan diri.
Teman belajar anda. Tidak kira masa walau di mana jua.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Peta Minda amat membantu.
Semoga bermanfaat.
Sila klik pada gambar di atas untuk mendapatkan paparan yang lebih
jelas.
Hak Cipta Terpelihara.
tamanseribupuisi.blogspot.com
8 Ulasan murid:
macam mana nak buat blog sendiri??? boleh tolong ?
MACAM MANA NAK BUAT BLOGGER SENDIRI BOLEH TOLONG TAK?TLG AJR
saya mahu dekat exam dah ne ... cikgu suru kmi bca ne pantun nasihat ...
ngam lah klu sya bca kt sni... saya suka...
saya mahu dekat exam dah ne ... cikgu suru kmi bca ne pantun nasihat ...
ngam lah klu sya bca kt sni... saya suka...
hebat lah
Basin bail ada pantun nie
kalau pantun ni sarang semut dalam gelap,orang selimut selalu lelap
bgslh blog md ali bachik nie... lngkap dgn jwapn. sng lah nk exam taun nie...hehehe
Catat Ulasan