BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

LATIHAN : Sajak Burung-Burung Pagi (Jawapan)

Nota bakal guru : 
Ini merupakan cadangan jawapan untuk soalan yang disediakan. 
Sebarang penambah baikan amat diharapkan.  
Sekian, kecemerlangan milik insan yang berusaha. Bersama menuju kecemerlangan. 

Skema Jawapan

       1.    Sajak Burung-burung pagi hasil karya Selina F. S. Lee mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota. Golongan pengemis dalam sajak ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.

  
        2.      Tiga nilai yang terdapat dalam sajak Burung-burung pagi ini ialah =
  • Keprihatinan : Prihatin dengan nasib golongan pengemis di kota.
  • Kegigihan     : Pengemis berusaha mencari rezeki untuk    meneruskan  kehidupan mereka.
  • Keyakinan : Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar. 


      3.    Banyak pengajaran yang boleh diambil ikhtibar dalam sajak Burung-burung pagi ini. Antaranya termasuklah =

      ·         Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain. Contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
      ·         Kita  perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki.
Contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
      ·         Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri.
Contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.



 Untuk kembali kepada soalan klik di kotak di bawah. 

Selamat Belajar sambil berhibur (*^_^*)

3 Ulasan murid:

Tanpa Nama berkata...

good!

SMKSAG Craziegurl...2013 berkata...

Hebat...this time i can get A.saya pasti!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih...saya pasti akan berjaya..insya-allah!!

Catat Ulasan